Friday 16 May 2014

Setiap yg hidup akn bertemu bertemu pencipta

Ya Allah.. Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami juga dengan iman..

16 may 2014..
Kwn baik aku hilang pa dia.. Al-fatihah..

Ayt dy smlm "pa meninggal hr jumaat. Dn pd hari karier dy jugak." Ya Allah.. Sebaknye aku rasa bila dengar ayt tu.. Bila aku dengar berita tu, aku rasa hilang nya mcm aku rsa time hilang arwah nenek..

Mybe aku rpt ngn dy, smpai aku rse aku hilang family aku jugak. Sumpah tak tipu.. Tp dy pun da lme sakit. Cancer pun dh merebak satu bdn.. Dn klau ajal tu lebih baik, kita reda je la kn.. Xke..

Tp subuh tu aku bngun 6.30, mmg sumpah tak tipu aku doa supaya urusan pa dpermudahkan.. Dn aku txt dy tnye pa mcm mne.. Dy x rply..
Aku x kn la nk txt bnyk kali.. Dn aku pun x online satu hari tu.. 4.30 smlm bru aku online n nmpk post pa da meninggal.. Innalillahi wa'inna ilaihi raji'un..

X lme tu dy mcg.. Dn betul la.. Aku x mmpu ckp ape..

Stay strong.. Adk tawu angah mmg kuat.. Al-fatihah untk pa..

Thursday 15 May 2014

Dilemma~

Hollo people.. Lame sungguh la x wat entry bru. Naik berabuk blog ni.. Haha..

Keserabutan dan kekusutan otk menarik-narik aku untuk wat entry ni.. Ahaha.. Al maklum lahhh. Nk dijadikan citer, upu dah kluar.. Matriks pun same.. Thniah lerr kat kwn2 aq yg dpt uni yg dlm impian korg tu. Yg x dpt tu, taper leyh wat rayuan.. Yg tgh dilema tu,, jd lh mcm aku yerr.. Sbb aku pun tengah dilemma..

Kisah bermula *eceh. Konon baik punye intro* apabila result matrik kluar. Dn alhmdulillah aku dpt kmph.. Pahang maaa.. Huu.. Jauhnye~ tp aku hold dlu sbb mybe aku dpt ipta memane.. Dan setelah berzaman menunggu.. Akhirbya tiba masa yg dinantikan.. Excited punye pasal nk tawu dpt u mne.. Pkul 12.01aku dah hntr mcg untuk check..*mmg nmpk beno excitednye. Kn.kn.haha* dan ditakdirkan aku dpt uitm-course civil engineering.. *alhamdulillah* tp time tu kampus x mention lg.. Aku harap sangat dpt kat johor.. Sng skit. X baleh umh pun, umah mk long ad.. Kebarangkalian untuk aku kelaparan ke ap tu mmg takde la.. Sekali bipe check kampus. Hah! Amik kau! Uitm jengka. Pahang jugak?!?!! Sungguh aku x fhm.. Mmg nk aku bwk menantu untuk mak org pahang gamaknye.. Ahaha*merepek sat*

Dan permasalahannye skrg. Aku x tahu nk plih matrik ke dip.. Nk kira masa, matrik setahun bnding dip 3 thun.. Mk ayh aku nk aku wat dip. Tp ble istikharah hint aku dpt matriks.. Aku dah pening~

Adehh.. Klau aku amik matrik aku kne stuggle gila hell thp cipan..dan aku takut x terkejar dgn math and addmath tu.. And planning aku nk wat degree plus masters akn hanging klau aku x dpt empat rata.. Skrg ni aku xde jaminan untuk empat rata tu.. Aku takut x mmpu nk kejar.. Aku dh la bkn nye atlet nk pecut kejar calculus tu. Dn sememangnye aku dah alergik dgn nombor since dlm perut mk aku lg*haha. Hiperbola je* tp tu la analoginya punn.. Haha

Jd skrg ni aku still x decide lg.. Huhu..

Wednesday 30 April 2014

Hlovate.. Hlovate..hlovate

Erm.. Tetibe nk wat entry ni

Tu haa.. Novel baru hlovate.
Aku nak!!!! Ahaha *over kan..
Ni novel bru dia.. X tawu la mcm mne rupe dy.. Tp combination citer addin ngan benz dlm aA+bB dgn tunas..

Aku nak cukupkan collection hlovate aku.. Yg hlovatinta pun aku x dpt lg.. Sebab? Sebab, asal aku dtg bookstore je stock da abis.. Laju bebeno.. X smpat aku nk lari pecut..

Taper..taper.. Sabar ye.. Ahaha.. Tp. Aku nak jugak!!! Tak kira. Tak kira. #hentak kaki. * ceyh. Gye bdak kecik mintak gula2 je...

Ahaha.. End~

Perfect..not..

Hai.. Assalamualaikum..

Haha.. Ni aku nk share..
Tadi ad la org post kat we chat 'maas aku tak sempurna'..

Then otk aku mula bekerja.. Ad ke org smpurna dlm dunia ni??? Dengan x pk pnjg aku pun comment 'ad ke manusia sempurna?' Aku rasa ap yang aku comment tu betul.. X ke?? Hailaa..

And orang tu reply comment aku. Dy ckp ad org rse dri mreka smpurna.

Aku baca. Respon-*gelak senget.. Sape yang takbur-bngga diri-x hengat dunia sangat tuhh?? Hailaa.. Aku rply comment tu. Aku ckp 'tu namanya x sedaq dri. Kau ckp kat org tu cnfrm ke dy straight to heaven nty..' Ayt tu mcm berlagak je bunyunye kan..

Tapi..

Sabaik mana pun manusia ni tipu la dia x buat salah, dosa langsung.. Tipu bebeno la tu.. Rasulullah tu adalah manusia paling sempurna. Sebaik-baik ciptaan. Then kau nak samakn dri dengan Rasulullah. MasyaAllah.. Bnyak mana amalan kau da buat. Ad smpai kaki bengkak sbb solat sunat separuh mlm? Ada smpai hilang suara sbb khatam Quran sehari sekali? Ada kau berperang menyebarkan Islam? Sedar lah.. Aku ni punn bkn baik mna nak nasihat org. Xde wat solat sunat setiap hari. Solat fardu pun bkn di awal waktu.. Aku ni pun jahil lagi.. Tengah berusaha jadi hamba yang baik..

Jgn kita judge org sesuka jiwa sesedap hati.. Kita pun tak tawu banyak mna amalan ni berguna untuk selamatkan kita kat akhirat kelak..

Berusaha...
Jadi hamba beriman..
Bertaqwa..
Mohon ampun kpd-Nya..

In shaa Allah bebas dr azab neraka..
may Allah Bless

Tuesday 29 April 2014

Aku tak faham

*kau rse kau post gmbr muke kau kat fb bsr2 tu lawa?
*kau rse kau post 'ad sape2 nk jd mkwe@pkwe sy' ckup bgus?

Aku x fhm knapa ad lg manusia yg mcm ni kat dunia. Ap kau tu da desperate sangat ke nk ad bf@gf? Kau rasa kau buat cm tu kau cantik? Drop dead handsome? Weh.. Nmpak sangat lah kau tak laku derr..
Yg perempuan pulak, mne maruah kau kak.. Dunia dah nak qiamat gamaknye.. Weh, sdr la.. Aku malu nk baca post2 sume tu. Muak la..

Wednesday 4 December 2013

a moment epilog


EPILOG

 

        Telefon bimbit dibawa keluar dari saku baju kurung.Mata merenung kosong pada paparan senarai nombor-nombor telefon.

 

        Di langit burung galak berterbangan mencari sarang.Air jernih alur di bawah titi masih mengalir lesu.Anak-anak ikan tebal sisik masih bermain aci kejar.Siput-siput gondang masih mengesot lambat di celah kelodak karat.

 

        Terhenti pada huruf T

 

        Tok+Pah.

 

        Tiga tahun.

 

        Seolah tiga tahun hidup dalam penafian.

 

        Tiga tahun Tok telah pergi.Tiga tahun Opah tinggal dengan kami.Tiga tahun rumah kampung itu kosong tanpa penghuni.Tiga tahun beraya tanpa Tok dan kampung lagi.Tiga tahun nombor telefon itu telah ditamatkan perkhidmatannya.Dan tiga tahun nombor telefon itu masih dibiar dalam simpanannya.Tiga tahun masih belum dapat menerima jika didail nombor itu,tiada lagi siapa akan menjawab panggilannya.Tiada lagi cerita musim buah.Tiada lagi cerita durian berbunga di baruh atau di darat.Tiada lagi cerita tupai yang selalu buat onar menebuk durian.Tiada lagi cerita babi hutan yang selalu merosakkan pokok-pokok.Tiada lagi cerita alur bekas bendang berair atau kering.Tiada lagi cerita sepat,’ruan atau keli.Tiada lagi cerita lemang muntah.Tiada lagi cerita kampung.Kosong.

 

        Dan dia masih belum menangis.Sejak Zuhur hari Tok pergi hingga hari ini.Dan lusa dia akan berangkat ke luar negara.

 

        “Tok,kenapa kenapa doa Tok selalu panjang-panjang?”

 

        “Sebab doa senjata orang Islam.Kita tak ada apa-apa sebenarnya.Kita ada Allah aja.”

 

        Garu kepala.Tak faham.Ketika itu baru sembilan tahun.Tak ada apa-apa?Emin ada Mak,Abah,Tok,Opah,Pak Chu.Emin ada Tompok.Emin ada Ana, Yana, Nurul, Fazidah.

 

        “Jadi apa-apa,percaya pada Allah.Allah akan tolong.”

 

        “Kalau Emin minta tak nak mati?”

 

        “Allah lebih tahu hikmah mati.”

 

        Dan dia masih di sini cuba memujuk diri menerima kenyataan.Meski tiga tahun dunianya bukan sunyi senia tanpa gelak ketawa.Tapi luka di dalam hatinya masih ada.Masih berdarah.Masih merah.Dibiar tanpa sedar.Tangan terketar di atas telefon bimbit.

 

        Lepaskanlah,Nurul Azamin.

 

        Tok+Opah.05-7520824

 

        Padam nombor.

 

        Pilih.

 

        Padam 05-7520824?

 

        Ya.

 

        Telah dipadamkan 05-7520824.    

 

        “Emin!”

 

        Suara Mak memanggil di kereta.

 

        Dia bangun membuka sila dari titi batang tempinis yang masih tegar walau dimamah hujan panas berzaman.Langkah diatur di celah pokok pisang dan ulam gila melata.

 

         Di belakangnya air alur masih mengalir jernih di bawah titi dengan kelodak kuningnya.Anak-anak ikan tebal sisik masih bermain aci kejar.Siput-siput gondang masih mengesot lambat di celah kelodak karat.

 

                  Lepaskan,Nurul Azamin.

 

                  Dan bola api gergasi itu makin pudar ditelan senja.Membawa pergi sebilah lagi hari dari bumi.

 

        *************************************************************

 

11062005

1414

[down]

a moment part 6


IV

 

        Dirinya sampai juga ke Kuala Lumpur malam itu.Selepas Zuhur tadi jasad Tok selamat disimpan ke perut bumi.Siang tadi telah selamat kenduri arwah.Selepas Asar dia meninggalkan tanah Perak bersama Abah.Tanpa Mak.Perlu bertolak hari ini juga.Tidak boleh tidak.Esok pagi-pagi perlu jejak ke tanah kolej untuk pendaftaran.

       

        Semalam dan siang tadi masih terasa seperi mimpi.Tok yang dikafankan.Dan subhanallah,Tok tak lagi bongkok tiga.Jenazah lurus papan.Semalam dan siang tadi masih terasa bukan suatu realiti.Menelefon ke sekolah lama minta jasa adik-adik junior membacakan Yassin untuk arwah Tok.Dan kini dah sampai ke tanah Kuala Lumpur.

 

        “Emin tak apa-apa.Mak tinggallah,temankan Opah.” Tak tergamak rasanya meninggalkan Opah sendirian dalam keadaan begini.Kami miskin keluarga.Opah kini hanya punya Mak dan Pak Chu.

 

        Dan Abah serta Mak tenang yakin. “Yang pergi,dah dijanji.Emin perlu terus hidup.Masih perlu pergi untuk esok.Ini bukan alasan.Moga Allah permudahkan.”

       

        Dan dia akur.Nurul Azamin yakin dengan janji Tuhan.Tuhan sudah berjanji memberikan kekuatan jika dipinta.Tuhan telah berjanji mengabulkan permintaan hamba jika mereka berdoa.

 

        Dan dia akur meninggalkan kampung selepas selamat Tok disemadi.

 

        Meski perasaan masih tidak tertafsir sejak semalam.

 

        Meski terasa diri sebu dengan sesuatu yang kosong.

 

        Meski rasa dan air mata masih tidak terluah walau sekuman.

 

        Meski orang-orang kampung pandang serong kerana meninggalkan Mak,Opah,Pak Chu dan Abah dalam keadaan begini.

 

        Mak,Abah,Opah,Pak Chu masih mahu Nurul Azamin pergi.Hatta arwah Tok sekali pun.

 

        Opah beritahu sebelum pergi.Malam tadi arwah masih lagi solat hajat untuk Eminnya.Tok solat hajat mahu urusan Emin jadi doktor dipermudahkan.Tok panjatkan doa mahu Emin dipayungi lembayung rahmat-Nya.Tok masih bantu Emin menebas ranjau di jalan yang bakal dilaluinya.

 

         ***

 

        “Nurul Azamin.”

 

        Dia menurunkan tandatangan di kertas pendaftaran.

 

        Dah selamat mendaftar.

 

        Teringat Opah memberitahu cakap-cakap Tok sebelum ke dusun pagi itu.

 

        “Tok kata bila lagi agaknya Emin nak balik kampung.Sempat atau tak sebelum musim buah habis.Tapi luar negara tu jauh.Bila lagi Emin nak balik agaknya.”

 

        Rupanya Tok sangkakan dia mahu terus ke luar negara.

 

        “Entah bila lagilah nak jumpa Emin.”